- Lain-lain
China, Argentina Anjur Forum Pertukaran Budaya
China dan Argentina melancarkan forum peringkat tinggi mengenai pertukaran budaya di Beijing, pada Rabu.
Forum itu anjuran Kumpulan Media China (CMG) bersama Sekretariat Media dan Komunikasi Awam Argentina merupakan antara pengisian utama program Tahun Persahabatan dan Kerjasama China-Argentina 2022.
Seramai lebih 100 petugas media dari pelbagai agensi serta pegawai kerajaan dari China, Argentina dan negara Amerika Latin lain menyertai forum berkenaan secara hibrid.
Presiden CMG Shen Haixiong berucap pada forum itu, dengan menyuarakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pelbagai lapisan masyarakat di Argentina dalam memantapkan pelaksanaan konsensus penting yang dicapai pemimpin dua negara, dan menyumbang kepada masa depan gemilang buat hubungan China-Argentina.