- Lain-lain
Kawat Tahniah Presiden China, Argentina untuk Forum Interaksi Sosiobudaya
Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Argentina, Alberto Fernandez masing-masing mengutus kawat tahniah kepada Forum Peringkat Tinggi Interaksi Sosiobudaya China-Argentina yang dirasmikan hari ini.
Xi Jinping menyatakan bahawa China dan Argentina antara kawan dan sahabat handai yang baik. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Argentina, dan juga Tahun Kerjasama Persahabatan China-Argentina. Sepanjang setengah abad yang lalu, hubungan kedua-dua negara yang teruji dalam pergolakan antarabangsa telah menjadi teladan bagi negara pasaran baharu dan negara membangun dalam melakukan kerjasama dan mendorong pembangunan bersama. Diharapkan para hadirin forum ini menyumbangkan kebijaksanaan masing-masing dan menyemarakkan inspirasi supaya dapat membantu kedua-dua negara China-Argentina membuka satu lembaran baharu dalam perkongsian strategik komprehensif dan selanjutnya menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Amerika Latin bahkan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Alberto Fernandez pula menyatakan bahawa Argentina dan China telah bekerjasama selama setengah abad dan yakin kedua-dua negara ini akan mewujudkan komuniti berkongsi nasib yang bertahap lebih tinggi. Diharapkan kedua-dua pihak memperincikan kerjasama, menambah warna kepada perkongsian strategik komprehensif, selain memberi sumbangan yang lebih besar kepada peningkatan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dan keamanan serta pembangunan dunia.
Forum Peringkat Tinggi China-Argentina Interaksi Sosiobudaya anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Pejabat Setiausaha Negara Argentina bagi Hal Ehwal Media Umum diadakan di Beijing hari ini.