- Lain-lain
Kerjasama Kapal Selam Nuklear AUKUS Topik Persidangan IAEA Ke-66
Persidangan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) ke-66 membuka tirainya di Vienna, Austria pada Isnin lalu. Wakil Tetap Itali ke Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna terpilih sebagai Pengerusi, manakala ketua delegasi China yang juga Wakil Tetap China ke PBB di Vienna, Wang Qun sebagai Naib Pengerusi. Pada Selasa lalu, Wang Qun telah mempengerusikan sesi perbahasan umum.
Rancangan kerjasama kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat-Britain-Australia (AUKUS) yang diusulkan China akan dijadikan topik perbahasan untuk julung kalinya dalam persidangan IAEA. Selain itu, para hadirin juga akan membahaskan isu penggunaan sains dan teknologi nuklear, peningkatan jaminan keberkesanan penyeliaan, belanjawan kewangan serta isu nuklear di kawasan fokus termasuk Asia Barat dan Ukraine.