- Lain-lain
Majlis Jamuan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan
Dewan Negara China mengadakan majlis jamuan sempena sambutan ulang tahun ke-73 penubuhan Republik Rakyat China di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Jumaat.
Majlis itu dihadiri pemimpin Parti Komunis China (PKC) dan kerajaan termasuk Presiden Xi Jinping serta hampir 500 tokoh dari dalam dan luar negara.
Perdana Menteri Li Keqiang ketika berucap pada majlis itu berkata, sepanjang 73 tahun lalu, rakyat China yang dipimpin PKC berjaya mengatasi pelbagai kesukaran menerusi usaha gigih hingga melakar kecemerlangan dalam pembangunan negara.
Kata beliau, Kongres Kebangsaan ke-20 PKC yang bakal diadakan tahun ini merupakan persidangan amat signifikan pada saat kritikal bergerak menuju ke arah membangunkan negara sosialis moden secara menyeluruh dan merealisasikan Matlamat 100 Tahun yang kedua.