- Lain-lain
Xinjiang Lakar Pencapaian Cemerlang dalam Menjamin Hak Asasi Manusia
China berpegang kepada prinsip menghormati dan melindungi hak asasi manusia yang termaktub dalam Perlembagaan China serta menyifatkan kesejahteraan rakyat sebagai hak asasi manusia yang terpenting di Xinjiang.
Demikian kata wakil China semasa memberikan pengenalan tentang konsep, dasar dan pencapaian yang dilakar Xinjiang dalam usaha menjamin hak asasi manusia pada sesi ke-51 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.
"China sedang berusaha untuk menjamin dan meningkatkan tahap hidup rakyat, dan telah meraih pencapaian bersifat sejarah dalam bidang hak asasi manusia.
"Semua etnik dianggap sama kedudukan di Xinjiang. Seiring dengan wujudnya keuntungan oleh masyarakat yang stabil, rakyat pelbagai etnik Xinjiang sedang menikmati pelbagai hak dengan lebih baik, lebih terjamin dan lebih mampan," kata wakil China.