- Lain-lain
Sidang Kemuncak Kesihatan Dunia 2022 Dirasmikan di Berlin
Sidang Kemuncak Kesihatan Dunia 2022 yang berlangsung selama tiga hari dirasmikan di Berlin, Jerman pada 16 Okt. waktu tempatan.
Dalam sidang tersebut, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyatakan, sidang kemuncak edisi ini dikehendaki bertindak membentuk sistem kesihatan yang lebih kuat.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, memandangkan perpecahan kerangka kesihatan global sekarang terdedah bahkan menjadi semakin buruk dalam penularan pandemik COVID-19, kita perlu membina satu kerangka kesihatan global yang baharu yang bersifat inklusif, untuk mencari kaedah baru bagi meningkatkan kesihatan dan pencegahan penyakit, dan bukan hanya memberi rawatan semata-mata.
Canselor Jerman Olaf Scholz pula berkata, rangkaian internet dan kerjasama baik dalam bidang kesihatan global amat diperlukan pada masa ini, dan sama juga bagi pertukaran maklumat antara pelbagai disiplin dan antara sektor sains, politik dan sosial. Ini adalah maknanya bagi penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Dunia.
Difahamkan, perbincangan sidang kali ini berfokus kepada perubahan iklim dan kesihatan, dasar pencegahan wabak dan pembentukan sistem kesihatan dunia yang mampan.
Turut hadir, menteri dan pegawai kerajaan dari lebih 20 negara, serta kira-kira enam ribu wakil kalangan sains, perniagaan dan pertubuhan NGO secara fizikal atau secara dalam talian.