- Lain-lain
China Raih 3 Pingat Emas WSC
Upacara tutup tirai pertandingan khas Persaingan Kemahiran Dunia (WSC) di zon Korea Selatan telah diadakan di bandar Goyang, Gyeonggido negara itu pada Isnin. Enam orang pemain China telah meraih 3 pingat emas, satu pingat gangsa dan dua hadiah terbaik.
Pemain China dari Kolej Teknologi Perdagangan dan Industri Guangzhou, Yang Shuming memenangi pingat emas dalam acara penerokaan aplikasi mudah alih, dan turut menjadi pemenang pingat emas yang pertama bagi acara yang baru ditambah dalam WSC itu.
Luo Kai dan Chen Xinyuan dari Kolej Teknologi Shenzhen menggondol pingat emas masing-masing dalam acara kesenian permainan digital 3D dan pengkomputeran awan, sekali gus menjadi pemain China yang pertama yang dinobatkan dalam dua acara tersebut. Pemain dari Universiti Industri No.2 Shanghai, Liang Jun pula meraih pingat gangsa acara reka bentuk laman sesawang yang juga merupakan pingat yang pertama dimenangi China dalam sejarah acara tersebut.
Pertandingan khas WSC 2022 yang terdiri daripada 62 acara diadakan secara berasingan di 15 buah negara pada pertengahan September hingga penghujung November.