- Lain-lain
Airshow China ke-14 Pamer Alat Penerbangan Ciptaan China
Pameran Penerbangan dan Aeroangkasa Antarabangsa China atau turut dikenali sebagai Airshow China membuka tirainya di sini, hari ini.
Dijadualkan berlangsung sehingga 13 Nov, pameran itu akan menonjolkan sejumlah alat penerbangan yang dicipta oleh China sendiri kepada para pengunjung.
Menurut penganjur, ruang pameran penerbangan angkasa akan disajikan dengan kombinasi tiga modul stesen angkasa China, dan tiga model roket pembawa termasuk Long March-5B dan Long March-9.
Pada masa ini, Long March-5B merupakan roket dengan kapasiti bawaan paling kuat di orbit Bumi rendah yang diciptakan oleh China. Manakala Long March-9 ialah roket berat pada masa hadapan yang mempunyai kapasiti bawaan dari 140 hingga 160 tan.
Secara teorinya, setiap kali pelancaran Long March-9 dapat menghantar seluruh stesen angkasa ke ruang angkasa lepas.
Terdahulu, pembinaan konfigurasi asas stesen angkasa berbentuk "T" di orbit telah berjaya diselesaikan.
Justeru, dalam pameran kali ini, kombinasi ditunjukkan kepada pengunjung adalah dengan bentuk model 1:1.
Pengunjung dapat memasuki modul teras Tianhe dan modul eksperimen Tianwen untuk menghayati suasana di stesen angkasa dalam pameran kali ini.
Selain itu, dron Feihong, iaitu produk yang amat menarik perhatian umum di ruang areoangkasa dan buat pertama kalinya ditunjukkan dalam pameran tahun lalu akan memperkenalkan produk baharunya pada pameran kali ini iaitu Feihong-97A.
Difahamkan, produk itu merupakan sejenis dron udara ke udara yang boleh membawa peluru berpandu jelajah atau peluru berpandu tempur udara ke udara, dan mobiliti dalam pertempuran udara dron itu turut ditingkatkan secara drastik.