- Lain-lain
Persidangan CITES Dirasmikan di Panama
Persidangan pihak-pihak pemeterai ke-19 (CoP19) Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Fauna dan Flora Liar yang Terancam (CITES) dirasmikan di Panama pada Isnin.
Pegawai dan pakar dalam sektor perlindungan fauna dan flora dari pihak-pihak pemeterai menyertai persidangan kali.
Mereka akan mengkaji pelaksanaan konvensyen, membincangkan cadangan yang dikemukakan oleh pelbagak pihak pemeterai, mengemas kini spesies tersenarai, serta meningkatkan langkah pencegahan dan penyeliaan terhadap penyeludupan fauna dan flora liar.
Perjanjian antarabangsa CITES adalah untuk menstandardkan kegiatan perdagangan antarabangsa mengenai fauna dan flora liar serta produk yang berkaitan demi melindungi spesies terancam. Konvensyen itu dikuatkuasakan pada 1975 dan kini mempunyai 184 pihak pemeterai.