• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Tindakan Praktikal Lebih Diperlukan bagi Tingkatan Hubungan China-AS

    (CRI)Rabu 16 November 2022

    Atas cadangan pihak Amerika Syarikat (AS), Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya Joe Biden telah mengadakan pertemuan bersemuka di Bali pada Isnin dan pertemuan itu telah mencapai sasaran yang diharapkan.

    Dalam rundingan selama lebih tiga jam itu, kedua-dua pemimpin bertukar-tukar pendapat secara tulus ikhlas dan mendalam tentang isu strategik dalam hubungan kedua-dua negara serta isu serantau dan antarabangsa, mencapai beberapa konsensus, dan menggariskan hala tuju perkembangan hubungan kedua-dua negara.

    Ini merupakan pertemuan bersemuka kali pertama antara pemimpin China dan AS dalam tempoh tiga tahun lalu, pertemuan bersemuka buat kali pertama sejak Biden menyandang jawatan presiden, serta pertemuan kali pertama antara kedua-dua presiden setelah menyelesaikan agenda penting di negara masing-masing pada tahun ini.

    Pertemuan itu menarik perhatian tinggi di peringkat global. Financial Times Britain melaporkan, kedua-dua pemimpin itu telah menunjukkan kehendak untuk membaiki hubungan bilateral. CNN pula mengulas bahawa pertemuan itu meredakan hubungan bilateral yang tegang pada masa ini.

    AS dan China patut memberitahu dunia bahawa kedua-dua negara ini berupaya mengawal percanggahan pendapat dan mengelakkan konflik dan konfrontasi akibat kesilapan dan persaingan yang sengit.

    Apakah cara pergaulan yang munasabah antara China dan AS?

    Presiden Xi sebelum ini mengatakan bahawa kedua-dua negara perlu mempertahankan prinsip saling menghormati, hidup bersama secara aman dan kerjasama sama menang. Dalam pertemuan dengan Biden kali ini, Presiden Xi memberikan huraian dengan lebih lanjut.

    Menurut beliau, Bumi yang luas ini mampu menampung dengan sepenuhnya pembangunan masing-masing China dan AS serta kemakmuran bersama dua kuasa besar ini.

    Pada masa yang sama, menurut Xi, kedua-dua negara perlu memahami dengan betul dasar domestik dan dasar luar masing-masing, mengadakan dialog tetapi bukan berkonflik, mencari sama menang tetapi bukan permainan 'zero-sum'.

    Dalam situasi pada masa ini, kepentingan bersama China dan AS tidak berkurang, malah bertambah banyak. Kedua-dua pihak perlu berusaha menjamin hubungan dua hala berkembang ke arah yang betul.

    Dalam masa terdekat ini, beberapa ahli politik AS menganjurkan untuk membina 'pagar penghadang' bagi hubungan AS-China. Sebenarnya, 'pagar penghadang' itu telah wujud sejak penjalinan hubungan diplomatik kedua-dua negara. Dalam pertemuan pemimpin kali ini, Presiden Xi menegaskan bahawa menaati norma asas hubungan antarabangsa dan Tiga Pengumuman Bersama China-AS merupakan kunci untuk mengawal pertentangan dan percanggahan pendapat, mencegah konfrontasi dan konflik serta pelindung terpenting bagi hubungan kedua-dua negara.

    Sejarah ialah buku teks yang paling baik. Kerjasama akan membawa situasi sama menang, manakala konflik akan mengundang kemudaratan kepada kedua-dua pihak. Pada saat kritikal ini, pertemuan pemimpin tersebut menggariskan hala tuju bagi perkembangan hubungan kedua-dua negara pada masa akan datang. Seterusnya, kedua-dua pihak perlu melaksanakan dengan benar-benar konsensus yang dicapai oleh pemimpin, khususnya AS perlu melaksanakan dengan benar janji presiden Biden, bersama-sama China meningkatkan hubungan dan membolehkan dunia melihat keikhlasan dan tanggungjawab sebuah negara gergasi.

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>