- Lain-lain
Thailand Sedia Sambut Kedatangan Presiden Xi
Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri Sidang Tidak Rasmi Pemimpin Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang diadakan di Bangkok dan melakukan lawatan rasmi ke Thailand dari 17 hingga 19 November.
Tokoh-tokoh dari pelbagai kalangan masyarakat Thailand menyatakan bahawa mereka memberi tumpuan kepada inisiatif dan cadangan yang akan dianjurkan oleh Presiden Xi sempena persidangan APEC tersebut. Di samping itu, mereka juga berharap agar lawatan Xi ke Thailand kali ini akan meningkatkan lagi hubungan kedua-dua negara.
Pegawai kanan Kementerian Luar Thailand atas urusan APEC, Cherdchai Chaivaivid berkata bahawa lawatan Presiden Xi Jinping kali ini amat penting. Entiti ekonomi gergasi seperti China memainkan peranan yang sangat penting dalam organisasi APEC. Thailand menantikan dan mengalu-alukan kedatangan Presiden Xi.
Menteri Kebudayaan Thailand, Itthiphol Kunplome menyatakan bahawa sebagai kuasa ekonomi di dunia, China memainkan peranan yang besar dalam menggalakkan pembangunan ekonomi serantau. Sebagai tuan rumah persidangan APEC tahun ini, Thailand amat berbesar hati dapat menyambut kehadiran Presiden Xi supaya bersama-sama membincangkan pelan pembangunan ekonomi.
- China Peneraju Pemulihan Global: Duta Indonesia
- PM China Yakin Kerjasama Persahabatan dengan ASEAN Makin Pelbagai
- Pertemuan PM China-Laos di Phnom Penh
- Pertemuan PM China dengan Pemimpin Jepun, Korea Selatan dan Filipina
- China Bersedia Intensifkan Kerjasama 10+3
- Xi Bakal Hadiri Sidang Kemuncak G20, APEC
- Yakin Mampu Kendali Isu Laut China Selatan dengan Baik: MFA