- Lain-lain
China, Jepun Sepakat Tingkat Dialog Urusan Maritim
China dan Jepun sepakat melaksanakan bersungguh-sungguh konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara semasa pertemuan di Bangkok, sambil mempertingkatkan dialog dan komunikasi dalam isu-isu berkaitan laut.
Kesepakatan itu hasil daripada pusingan ke-14 mekanisme perundingan peringkat tinggi China-Jepun mengenai hal ehwal maritim yang berlangsung menerusi pautan video pada Selasa.
Kedua-dua pihak juga bersetuju mengendalikan perselisihan dengan baik, terus mempergiat kolaborasi pragmatik dan pertukaran kakitangan membabitkan urusan maritim, sekali gus menyumbang ke arah membina Laut China Timur yang aman, dilimpahi persahabatan dan kerjasama.
Rundingan kali ini dipengerusikan bersama ketua Jabatan Hal Ehwal Sempadan dan Maritim Kementerian Luar China, Hong Liang dan direktur Biro Asia dan Oceania Kementerian Luar Jepun, Takehiro Funakoshi.