- Lain-lain
9 Negara Keluarkan Amaran Mengenai Perjalanan ke AS
Setakat ini terdapat sembilan negara mengeluarkan amaran mengenai perjalanan ke Amerika Syarikat (AS) berikutan kejadian ganas sering berlaku di negara itu. Ini hasil tinjauan yang diumumkan CNN pada Ahad.
Menurut tinjauan CNN yang terutamanya menyasarkan negara jiran dan negara sekutu AS itu, Australia mengingati rakyatnya yang merancang ke AS bahawa jenayah keganasan di AS lebih banyak berbanding Australia kerana semua tempat di negara itu berkemungkinan dilanda jenayah bersenjata.
Kanada dan Britain pula mengeluarkan amaran kepada rakyatnya bahawa kejadian tembakan besar-besaran berkemungkinan berlaku di AS, dan Britain masih mencadangkan agar jangan berjalan kaki tanpa pengiring di tempat terpencil pada sebelah malam.
Jerman menasihati warganegaranya bahawa jumlah pembelian senjata dan amunisi bertambah mendadak di AS dalam tempoh berlakunya wabak COVID-19, dan patut peka akan kemungkinan tercetus konflik dengan polis AS disebabkan amalan rasialisme.
Jepun dalam amarannya menyatakan bahawa jenayah bersenjata antara masalah keselamatan utama di AS, dan turut mengeluarkan cadangan kepada warganegaranya tentang kaedah mengelakkan diri daripada kejadian tembakan yang mungkin berlaku.
Selain itu, Israel, Perancis, Mexico dan New Zealand masing-masing mengeluarkan amaran yang tahapnya berlainan mengenai perjalanan ke AS, dengan bersama-sama menyebut masalah jenayah AS sebagai faktor utama.
- 40,000 Korban Akibat Keganasan Senjata Api di AS Tahun ini
- China Bimbang Serius Subsidi AS Langgar Aturan WTO
- AS Digesa Henti Ganggu Rantaian Perindustrian Global
- Rusia Dakwa Temui Bukti AS Bangunkan Senjata Biologi di Ukraine
- Tujuh Cedera Kes Tembakan di AS
- AS Sepatutnya Bertindak Sehaluan dengan China, Pulihkan Hubungan Sihat
- China Bantah 'Larangan Pelaburan' AS
- AS Beri Tekanan Halang Pemindahan Teknologi Cip ke China
- Perlu Bebas Buat Keputusan Tepat: MFA
- 'Pedagang Saham Termasyhur' Banyak di Arena Politik AS