- Lain-lain
Pemimpin Negara, Pertubuhan Antarabangsa, Zahir Dukacita atas Pemergian Mendiang Jiang Zemin
Pemimpin pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa mengutuskan perutusan takziah kepada Presiden China, Xi Jinping atas pemergian mantan Presiden China, Jiang Zemin.
Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam perutusannya menyatakan bahawa mendiang Jiang menyumbang besar kepada pembangunan sosioekonomi China, sekali gus meningkatkan kedudukan China di arena antarabangsa.
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pula menzahirkan bahawa mendiang memberikan sumbangan besar terhadap peningkatan kesejahteraan hidup rakyat China dan memimpin negara ini menjadi entiti ekonomi yang stabil dan makmur.
Baginda turut menyanjung tinggi usaha mendiang Jiang dalam mengintensifkan hubungan dua hala China-Brunei.
Sementara itu, Presiden Singapura, Halimah Yacob pula menyatakan bahawa mendiang berjaya mengetuai China memperkasakan transformasi ekonomi dan mewujudkan pembangunan pesat.
“Pada detik sedih ini, saya berasa dukacita bersama rakyat China,” kata beliau.