- Lain-lain
China, GCC Capai Konsensus Penting
Sidang Kemuncak China-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pertama yang berlangsung di Riyadh Jumaat lalu membawa makna signifikan bagi hubungan kedua-dua pihak, kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin.
Menurutnya, pemantapan hubungan antara China dengan negara-negara GCC bertujuan memperkasa kerjasama praktikal dalam pelbagai bidang demi manfaat rakyat.
Wang berkata negara-negara GCC dan Iran adalah sahabat baik bagi China. Pengembangan hubungan China-GCC dan China-Iran tidak menyasarkan mana-mana pihak ketiga.
“China sentiasa menyokong negara-negara GCC dan Iran membaiki hubungan dan melakukan kerjasama bersandarkan prinsip kejiranan baik ke arah mewujudkan situasi sama menang, di samping bersinergi menggalakkan pembangunan dan kestabilan rantau Teluk.
“China bersedia terus memainkan peranan konstruktif dalam hal ini,” ujar beliau semasa sesi taklimat di Beijing pada Isnin.