- Lain-lain
Projek Gunung Air China Disenarai Projek Pembaikpulihan Ekosistem Sedekad PBB
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyenaraikan Projek Gunung Air China sebagai salah satu daripada sepuluh Projek Pembaikpulihan Ekosistem Sedekadnya.
Dimaklumkan, panel pemilih Projek Pembaikpulihan Ekosistem tersebut adalah terdiri daripada Program Persekitaran PBB (UNEP), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), serta beberapa pertubuhan antarabangsa lain.
Ia kemudiannya dibahaskan oleh Jawatankuasa Eksekutif berkenaan dan dilaporkan kepada Setiausaha Agung PBB untuk diserahkan kepada Perhimpunan Agung PBB Tahun 2025.
Untuk rekod, Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Alam China telah memulakan pemeliharaan dan pembaikpulihan gunung, air, hutan, sawah, tasik, rumput dan pasir pada tahun 2016.
Dalam tempoh tahun 2016 hingga 2020, China berjaya menempatkan 44 buah projek gunung air di kawasan perlindungan ekologi yang penting, dengan subsidi kewangan pusat mencatat RMB79.4 bilion (RM50.3 bilion), di samping melindungi dan membaikpulihkan lebih 3.5 juta hektar.
UNEP menyifatkan Projek Gunug Air China sebagai salah satu contoh pembaikpulihan yang masa depannya cerah, mengagumkan dan menggalakkan.