- Lain-lain
Xi Mahu China, Arab Rapatkan Interaksi Kalangan Rakyat
Persahabatan antara China dan negara-negara Arab bersejarah lama dan semakin kukuh dari semasa ke semasa.
Dari Jalan Sutara pada zaman kuno hingga pembinaan bersama inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), China dan negara-negara Arab berganding bahu dan telah melakar kecemerlangan dalam kerjasama dan interaksi dalam kalangan rakyat.
Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping dalam perutusan tahniahnya kepada Festival Kesenian Arab ke-5 yang dirasmikan di Jingdezhen, provinsi Jiangxi China pada Isnin.
Justeru, Xi berharap China dan negara-negara Arab agar mengambil peluang daripada festival kesenian kali ini untuk melaksanakan hasil Sidang Kemuncak China-Arab pertama.
Beliau juga berharap kedua-dua pihak agar menyemarakkan semangat Jalan Sutera, memperkukuh persahabatan tradisional, meningkatkan interaksi dalam kalangan rakyat supaya menyuntik momentum kepada peningkatan hubungan perkongsian strategik China-Arab, dan memberikan sumbangan kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Arab pada era baharu.
Festival Kesenian Arab ke-5 yang membuka tirainya pada Isnin dianjurkan bersama oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China, Kementerian Luar China, kerajaan provinsi Jiangxi dan Sekretariat Liga Arab.
- Lapan Tindakan Bersama Perkasakan Kerjasama China, Arab
- Lawatan Xi Berhasil dan Signifikan: Wang Yi
- Xi Akhiri Lawatan di Arab Saudi dan Pulang ke China
- Semoga Piala Dunia Qatar Berjaya dan Cemerlang: Xi
- China akan Terus Beri Sokongan kepada Pembangunan Seluma Iraq: Xi
- China, GCC Tingkatkan Perkongsian Strategik
- Semarakkan Semangat Muhibah, Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Arab
- Bina Hubungan China-Kuwait yang Lebih Cerah: Xi
- Kerjasama China-Arab Lakar Kecemerlangan
- China akan Terus Sokong Peralihan Politik Sudan: Xi