• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Nasi Ayam Hainan Disambut Hangat di Asia Tenggara

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 22 Disember 2022

    Ayam rebus, nasi yang dimasak dengan minyak ayam dan sos pencicah, hasilnya nasi ayam Hainan yang ringkas dan lazat, membangkitkan nostalgia perantau China di Asia Tenggara.

    Lebih seabad yang lalu, semakin ramai orang Hainan menyeberangi lautan ke Asia Tenggara, membawa bersama hidangan asli nasi ayam Hainan mereka.

    Seiring dengan peredaran masa, nasi ayam Hainan secara beransur-ansur menjadi hidangan popular di negara-negara Asia Tenggara, termasuklah Singapura, Thailand dan Malaysia.

    Terletak di Kota Kinabalu, Malaysia, Restoran Nasi Ayam Hainan Andrew Wong cukup terkenal di kalangan penduduk tempatan.

    Andrew Wong Hin Hau, pemilik restoran yang nenek moyangnya berasal dari Qionghai, provinsi Hainan, telah memasak nasi ayam Hainan sejak 2003.

    Wong bangun sekitar jam 4 pagi setiap hari untuk membeli bahan-bahan di pasar. Beliau mula menyediakan hidangan pada jam 5:30 pagi dan menyiapkan semuanya sekitar jam 10:30 pagi.

    Katanya, perkara paling penting untuk memasak nasi ayam Hainan ialah memilih ayam yang berkualiti, menggunakan beras wangi Thai, dan membuat sos pencicah yang pekat. "Nasi ayam Hainan kelihatan biasa dan mudah sahaja, namun agak sukar untuk menghasilkan nasi ayam yang lazat," kata Wong.

    Wong sentiasa menambah baik resipinya. “Sekiranya pelanggan tidak berpuas hati, saya akan mencari jalan untuk menjadikannya lebih baik,” katanya sambil menekankan bahawa walau apa pun keadaan, beliau tidak pernah menggantikan ramuan dengan yang lebih murah. "Anda tidak boleh menipu pelanggan dengan menggunakan bahan yang rendah kualiti hanya kerana harga barang basah terus meningkat."

    Selama ini, Wong sentiasa mencuba nasi ayam Hainan tempatan apabila beliau pergi ke tempat baharu seperti Shanghai, Hong Kong dan Thailand. Beliau mahu menjadikan restorannya lebih baik dengan mempelajari hidangan di restoran lain.

    Pada pandangannya, nasi ayam Hainan adalah makanan istimewa dan warisan dari kampung halamannya." Sebagai orang Hainan, saya berbangga dapat memasak nasi ayam Hainan, jadi saya akan terus melakukannya," katanya sambil menyatakan bahawa beliau telah memasaknya selama 19 tahun, dan itulah kerjaya impiannya.

    Disambut baik oleh pelanggan, restoran Wong menjual kira-kira 180 hidangan nasi ayam Hainan setiap hari. Scott Chong, dari provinsi Guangdong China adalah pelanggan tetap. “Rasanya sedap terutama ayamnya yang lembut dan nasinya yang wangi,” katanya.

    Wenchang, sebuah bandar di Hainan, tempat asal usul nasi ayam Hainan. Di pulau itu, ayam Wenchang adalah bahan asas untuk nasi ayam.

    Song Shenmei, 69, pemilik restoran ayam di Wenchang. Sebagai pewaris generasi keempat, beliau telah mengusahakan restoran itu selama lebih empat dekad.

    "Orang di Wenchang makan ayam Wenchang semasa semua perayaan," kata Song, sambil menambah bahawa semasa Festival Qingming, ramai perantau China yang pulang dari negara Asia Tenggara akan makan ayam Wenchang di restorannya.

    Song teringat bahawa pada awal 1980-an, perantau telah membuka restoran ayam di Singapura. Apabila beliau pulang ke kampung, beliau berkunjung ke restoran Song untuk belajar memasak ayam dan membuat sos.

    "Sesetengah perantau China juga suka melihat saya memasak, dan setelah mereka belajar memasak, mereka akan memasaknya di rumah," tambah Song.

    Nasi ayam Hainan bukan sahaja memuaskan perut pengunjung, tetapi juga mengandungi rasa kampung halaman untuk perantau dari Hainan. Hidangan ini suatu gambaran jelas pertukaran budaya sesama rakyat di sepanjang negara Jalur dan Laluan dari dahulu hinggalah kini.

    Michael Heng Yee Boon, presiden Persatuan Hainan Kota Kinabalu ialah rakyat Malaysia generasi kedua. Heng berkata, nasi ayam selalu dihidangkan semasa Pesta Musim Bunga, dan ibunya akan membentukkannya menjadi bebola nasi yang melambangkan "pertemuan semula" dalam bahasa Mandarin.

    Setelah merasai nasi ayam Hainan di Hainan dan Malaysia, Heng berkata perbezaan hidangan itu di kedua-dua tempat berkenaan adalah sos dan cara memasaknya.

    "Nenek moyang kami datang ke Malaysia untuk berniaga bukan sahaja dengan sesama masyarakat Hainan. Terdapat pelbagai kaum dan budaya yang berbeza di sini, jadi kami telah menggabungkan budaya untuk menginovasi nasi ayam Hainan Malaysia," katanya.

    "Nasi ayam Hainan di Malaysia adalah sangat antarabangsa, dinikmati oleh orang Melayu dan orang asing," katanya sambil menyatakan bahawa ini adalah kebijaksanaan nenek moyang mereka.

    Beliau percaya walaupun budaya sentiasa berkembang, semangat orang Hainan, terutamanya semangat kerja keras, masih diwarisi dari generasi ke generasi di Malaysia.

    "Adalah detik yang mengharukan apabila kami menikmati nasi ayam Hainan. Bagi kami hidangan ini bukan sahaja makanan istimewa, tetapi sememangnya akar budaya kami, dan kami akan terus memastikan kelangsungannya," kata Heng.

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>