• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Tiga Tahun COVID-19: Cabaran dan Peluang Baharu

    (CRI)Khamis 29 Disember 2022

    Oleh: Chong Tien Siong (pengamal media)

    Langkah pelonggaran sekatan COVID-19 yang diumumkan China pada penghujung 2022 mewujudkan keterujaan global.

    Peraturan baharu yang akan berkuat kuasa mulai 8 Januari itu menyaksikan ujian saringan COVID-19 dan kuarantin mandatori semasa ketibaan serta kawalan jumlah penerbangan antarabangsa dibatalkan, buat julung kalinya sejak pandemik melanda.

    Pembukaan semula sempadan negara diyakini bukan sahaja memberi kesan mendalam kepada China malah seluruh dunia, selain turut membina semula keyakinan rakyat terhadap pertumbuhan ekonomi masa hadapan.

    Dunia bergelut dengan penularan COVID-19 selama tiga tahun, dengan jumlah kumulatif kes jangkitan sebanyak 660 juta setakat ini dan 6.68 juta kes kematian dilaporkan.

    Negara Barat seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Itali, Perancis dan Jerman antara yang paling teruk terjejas akibat pandemik.

    Khususnya di AS, keadaan di sana sangat membimbangkan, dengan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jumlah penduduk disahkan positif COVID-19, manakala lebih sejuta nyawa melayang.

    Cabaran Baharu buat Asia

    Keadaan di Asia, terutamanya di rantau ASEAN, adalah lebih teruk.

    COVID-19 dan krisis Ukraine menguji daya ketahanan ekonomi benua ini, dan ditambah lagi dengan harga makanan dan tenaga yang melambung tinggi, rantai bekalan komoditi yang terputus serta nilai mata wang banyak negara yang susut drastik berikutan kenaikan kadar faedah oleh AS.

    Lonjakan mendadak mata wang dolar Amerika mendatangkan kesan sampingan yang teruk. Sudah menjadi kelaziman bagi negara itu menggunakan hegemoni dolar untuk mengatasi permasalahan dalam negeri.

    Pada pertengahan Mei, pemimpin ASEAN dipanggil menyertai Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS yang dihoskan Presiden Joe Biden di Washington. Kemudian, Presiden AS itu bergegas menuju ke Tokyo untuk sidang kemuncak QUAD, yang menghimpunkan Jepun, AS, Australia dan India.

    Pakatan yang diketuai AS itu mahukan kerjasama eksklusif dijalin membabitkan bidang keselamatan serantau, infrastruktur, rantai bekalan, teknologi memuncul dan lain-lain.

    Berselindung di sebalik perwatakan baik dalam ‘menjaga tatatertib rantau’, kepentingan utama negara itu adalah menyasarkan blok ketenteraan yang dibimbingnya bertambah kukuh.

    AS sengaja mahu mencetuskan pertentangan ideologi di Asia Pasifik dengan menjerumuskan negara-negara rantau ini ke dalam konfrontasi Perang Dingin.

    Kelakuan AS telah banyak dipersoalkan oleh media serantau. Laporan Yazhou Zhoukan yang berpangkalan di Hong Kong berbunyi, AS memujuk ASEAN dan menguji pendirian berkecuali blok itu.

    Laporan bertarikh hujung Mei itu menyebut bahawa AS menyediakan bantuan kewangan kepada ASEAN, tetapi ia tidak sebaik pelaburan China di Asia Tenggara. China sudah menjadi rakan kongsi terbesar bagi ASEAN dan AS ingin mengimbangi hubungan dengan ASEAN menerusi kerjasama, tetapi ASEAN kekal pendirian berkecuali.

    Saat mendepani cabaran baharu akibat tindakan AS, rantau ini sarat dengan siri persidangan pada November, antaranya termasuk sidang kemuncak ASEAN, sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20) dan mesyuarat pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

    Antara lain yang paling mencuri perhatian ialah pertemuan secara bersemuka Presiden China Xi Jinping dengan rakan sejawatnya dari AS Joe Biden sebelum perasmian sidang kemuncak G20 di Bali.

    Pihak China menyatakan bahawa situasi yang dihadapi hubungan China-AS buat masa ini tidak selari dengan kepentingan asas kedua-dua negara serta aspirasi masyarakat antarabangsa.

    Kedua-dua pihak perlu bertanggungjawab terhadap sejarah, dunia dan rakyat, membincangkan cara perhubungan yang baik, dan menggariskan hala tuju yang betul bagi perkembangan hubungan dua negara.

    Hubungan antara dua buah kuasa besar itu harus dibawa kembali ke landasan yang stabil demi kesejahteraan dua negara dan seluruh dunia.

    Walau bagaimanapun, AS, selain melancarkan perang perdagangan, mengumumkan penubuhan ‘pejabat penyelarasan hal ehwal China’ pada pertengahan Disember sebagai langkah mengukuhkan dasarnya terhadap China.

    Pada permulaan operasi, kira-kira 70 orang pakar ditempatkan untuk menangani saingan pelbagai bidang dari China, terutamanya keselamatan dan ekonomi.

    Peluang Baharu buat Asia

    Tidak syak lagi bahawa dalam keadaan yang tidak menentu, China berinisiatif mengubah krisis kepada titik perubahan sehingga disajikan peluang baharu.

    Sejak tercetusnya wabak tiga tahun lalu, Wuhan mengamalkan langkah kawalan ketat ‘lockdown’ pada awalnya, dan kemudian mematuhi pendekatan ‘dinamik sifar COVID-19’.

    Langkah-langkah pencegahan dan kawalan secara bersasar memastikan kadar morbiditi dan kematian berada pada tahap yang sangat rendah, sekali gus jelas kelihatan efeknya dalam melindungi dan menyelamatkan nyawa.

    Berlainan daripada dasar pasif yang diamalkan Barat, China menunjukkan sikap bertanggungjawab dalam membendung COVID-19.

    Pendekatan saintifik dan bersasar dioptimumkan secara berterusan mengikut keadaan wabak yang berubah-ubah, di samping pelarasan dilakukan untuk mengimbangkan kawalan wabak dengan pembangunan sosioekonomi.

    Mengimbas kembali 2020 dan 2021, China mencatatkan pertumbuhan ekonomi selama dua tahun berturut-turut, menjadikannya satu-satunya entiti ekonomi utama di dunia yang meraih pertumbuhan positif.

    Selaku entiti ekonomi kedua terbesar dunia, China mengemukakan strategi dwi kitaran pada 2020 di tengah-tengah pandemik, dan turut menekankan peri pentingnya strategi itu sempena Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) pada Oktober 2022.

    Strategi berkenaan dianggap mampu mengukuhkan pasaran dalaman dan mengurangkan kebergantungan kepada negara lain.

    Seperti yang dicatatkan dalam laporan kongres kebangsaan itu, usaha akan dipergiatkan untuk membina pasaran gergasi yang bersepadu dan meningkatkan kecekapan keseluruhan sistem inovasi negara, sebagai langkah merungkai masalah peredaran dalaman.

    Kembali ke Normal

    China bakal melaksanakan peraturan baharu membabitkan banyak langkah kelonggaran sekatan wabak, antaranya termasuk menurunkan tahap pengurusan COVID-19 daripada kelas A kepada kelas B bermula 8 Januari 2023.

    Pelarasan itu bermaksud bahawa era umat manusia dihantui wabak itu akan berakhir.

    Apabila China membuka sempadannya, orang ramai tidak sabar untuk beralih ke masa bebas wabak seperti sebelum 2020.

    Apabila masyarakat kembali normal secara beransur-ansur, keutamaan turut diberikan kepada pembangunan ekonomi.

    Di Asia, terutamanya Asia Tenggara yang masih dalam persekitaran permainan geopolitik antara China dengan AS.

    Walau bagaimanapun, selagi China membuka pintu dengan niat baik untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi demi situasi sama menang yang didorong strategi dwi kitaran, semua pihak pasti berbesar hati melihat keadaan seumpama. 

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>