• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Perutusan Tahun Baharu 2023 Presiden Xi Jinping

    (CRI)Sabtu 31 Disember 2022
    Perutusan Tahun Baharu 2023 Presiden Xi Jinping

    Sempena sambutan tahun baharu 2023, Presiden China, Xi Jinping menyampaikan perutusannya melalui Kumpulan Media China (CMG) dan Internet.

    Tuan-tuan, puan-puan dan rakan taulan sekalian,

    Salam sejahtera. Di ambang tahun 2023, saya yang berada di Beijing ingin mengucapkan selamat tahun baharu kepada anda semua!

    Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang berlangsung pada 2022 merangka cetak biru untuk membangunkan China sebagai negara sosialis moden secara menyeluruh dan memacu kebangkitan bangsa menerusi modenisasi ala China, sekali gus menuip hon meniti perjalanan baharu.

    China kekal sebagai entiti ekonomi kedua terbesar di dunia, menyaksikan ekonomi berkembang mantap dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka mencecah RMB120 trilion.

    Berdepan krisis makanan global, negara ini meraih tuaian bijirin lumayan selama 19 tahun berturut-turut, yang memastikan bekalan makanan kepada rakyat kekal mencukupi.

    Usaha turut dilakukan bagi memperkukuh hasil pembasmian kemiskinan, memacu pembangunan kawasan luar bandar, membantu korporat mengatasi kesusahan menerusi pelbagai inisiatif termasuk pengurangan cukai dan kos operasi, dan berusaha menyelesaikan kesulitan yang dihadapi rakyat.

    Sejak tercetusnya wabak COVID-19, kita sentiasa mengamalkan prinsip 'rakyat didahulukan, nyawa diutamakan', menjalankan kerja pencegahan wabak secara saintifik dan bersasar serta mengubah suai langkah kawalan berkenaan mengikut keadaan semasa, sehingga melindungi keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat pada tahap maksimum.

    Pegawai dan golongan rakyat khususnya ahli perubatan dan petugas di peringkat akar umbi membaktikan diri tanpa mengenal penat lelah. Kita berjaya merungkai kesulitan dan cabaran yang tidak pernah dihadapi sebelum ini, sumbangan bakti setiap individu patut dihargai. Kini, usaha melawan wabak memasuki fasa baharu dan masih agak mencabar. Semua orang berjuang sehabis daya. Sinar harapan berada di hadapan, kecekalan dan perpaduan membawa kemenangan.

    Pada 2022, komrad Jiang Zemin meninggalkan kita. Kita mengenang jasa luar biasa dan karisma mulia beliau, dan amat menghargai khazanah kerohanian yang ditinggalkannya. Perlulah kita mewariskan cita-cita beliau dan terus memajukan pembangunan sosialisme bercirikan China pada era baharu.

    Sungai sejarah mengalir tanpa putus. China hari ini dicipta menerusi perjuangan berterusan generasi ke generasi.

    China hari ini menyaksikan satu demi satu impian tercapai. Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing diadakan dengan jayanya, dan para atlet memaparkan prestasi yang cukup membanggakan. Kapal angkasa lepas Shenzhou-13, 14 dan 15 dilancarkan berturut-turut dan stesen angkasa China siap sepenuhnya. Tentera rakyat menyambut ulang tahun ke-95 penubuhannya dan menunjukkan semangat yang berkobar-kobar dalam memperkasa pembangunan tentera. Kapal induk ketiga berkod Fujian dirasmikan, pesawat penumpang C919 diserahkan kepada pelanggan, stesen janakuasa hidroelektrik Baihetan beroperasi secara menyeluruh, segala-galanya hasil daripada curahan titik peluh warga yang tidak terkira banyaknya, turut memaparkan kekuatan China.

    China hari ini penuh dinamik. Pelbagai zon rintis perdagangan bebas dan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan berkembang maju, kawasan pesisir pantai aktif melakukan inovasi, kawasan tengah dan barat mempercepat pembangunan, kawasan timur laut menunjukkan momentum ke arah kebangkitan, manakala kawasan sempadan semakin makmur dan penduduk tempatan hidup sejahtera. Ekonomi China berdaya tahan, berpotensi besar dan penuh dinamik, serta mengekalkan trend perkembangan yang baik dalam jangka panjang. Matlamat yang disasarkan pasti dapat dicapai, asalkan memperteguh keyakinan dan maju secara mantap. Tahun ini saya menjejakkan kaki ke Hong Kong, dan berasa amat lega melihat Hong Kong menuju ke arah kemakmuran berlandaskan tadbir urus yang baik. Hong Kong dan Makau nescaya menikmati kemakmuran dan kestabilan berkekalan dengan pelaksanaan dasar 'satu negara, dua sistem'.

    China hari ini mewariskan semangat bangsa. Bencana alam yang berlaku pada tahun ini termasuk gempa bumi, banjir, kemarau dan kebakaran hutan serta insiden keselamatan, amat menyayat hati. Sungguh menyentuh perasaan apabila melihat pengorbanan mereka yang sanggup bergadai nyawa dan bantu-membantu, jasa dan bakti pahlawan terpahat di hati kita. Setiap kali menjelang sambutan tahun baharu, semangat jitu bangsa China yang diwariskan ribuan tahun selalu dikenang sehingga memperkukuh keyakinan untuk terus mengorak langkah ke hadapan.

    China hari ini berhubungan rapat dengan dunia. Pada tahun ini, saya telah menyambut kedatangan ramai kawan baharu dan lama di Beijing, dan juga melangkah ke luar negara untuk berkongsi saranan dan inisiatif China. Perubahan yang tidak pernah dialami sepanjang abad makin cepat berlaku, dunia tidak aman, kita sentiasa menghargai kedamaian dan pembangunan, menghargai sahabat dan rakan, berdiri teguh di pihak yang benar serta kemajuan tamadun manusia, dan berusaha menyumbang kebijaksanaan dan buah fikiran China untuk kedamaian dan pembangunan manusia.

    Selepas Kongres Kebangsaan ke-20 PKC, saya bersama rakan-rakan sekerja melawat ke Yan'an, mengimbau kembali sejarah Jawatankuasa Pusat PKC mengatasi kesulitan luar biasa semasa zaman Yan'an dan mendalami kekuatan spiritual anggota PKC generasi dahulu. Saya selalu berkata, sebagaimana batu jed bergemerlapan digilap bersusah payah, begitu juga manusia cekal ditempa perit getir. PKC tabah mengharungi ribut petir dan onak ranjau dalam seratus tahun lalu, betapa sulit dan mulianya perjalanan yang dilalui. Kita perlu terus tabah berjuang, menjadikan China lebih indah pada masa hadapan.

    China pada masa hadapan, ikhtiar gigih mencipta keajaiban. Seperti yang dinyatakan Su Shi bahawa perlunya menyelesaikan masalah paling getir dan mengejar matlamat paling luhur. Sejauh mana pun perjalanan ditempuh, mampulah sampai jua andai langkah diorak teguh. Sekiranya tidak mengorakkan langkah yang pertama, maka takkan sampai ke destinasi yang jauh. Berbekalkan semangat kental penuh iltizam, wawasan mulia yang dikejar pasti akan menjadi kenyataan.

    China pada masa hadapan, kekuatan lahirnya daripada perpaduan. Negara China begitu besar, adalah biasanya individu berbeza mempunyai tuntutan yang berlainan dan memegang pendapat berbeza terhadap sesuatu perihal. Komunikasi dan perundingan diperlukan bagi membina konsensus. Tiada usaha yang tidak dapat dijayakan dan tiada juga kesusahan yang tidak dapat diatasi, selagi rakyat China seramai 1.4 bilion berjuang sehati sejiwa dan berganding bahu. Kedua-dua pantai Selat Taiwan adalah sebuah keluarga, semoga saudara setanah air di kedua-dua belah selat bergerak sehaluan dan bergandingan demi mencipta kesejahteraan bangsa yang kekal abadi.

    China pada masa hadapan, harapan diletak di bahu belia. Majunya negara jika belia maju. Golongan belia menggalas tanggungjawab pembangunan negara. Usia muda dipenuhi kedinamikan, zaman muda melahirkan harapan. Golongan belia perlu menyematkan rasa cinta tanah air dan memupuk keperibadian untuk terus maju jaya, agar tidak mengecewakan masa dan tidak mensia-siakan zaman muda.

    Pada saat ini, masih ramai yang sedang menjalankan tugas, ingin saya mengucapkan terima kasih kepada mereka. Loceng tahun baharu akan berdering. Marilah kita menyambut ketibaan tahun baharu dengan aspirasi nan indah terhadap masa depan. Semoga negara aman makmur dan rakyat dilimpahi kesejahteraan. Semoga dunia aman dan sentosa. Selamat menyambut tahun baharu, semoga segala hajat anda tercapai. Terima kasih.

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>