• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Xi, Putin Bertemu Melalui Video

    (CRI)Selasa 03 Januari 2023

    China dan Rusia harus memperkukuh koordinasi strategik untuk memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, dan menyuntik lebih banyak faktor kestabilan kepada dunia.

    Presiden China, Xi Jinping berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin menerusi video pada Jumaat lalu.

    Xi berkata, hubungan perkongsian koordinasi strategik komprehensif pada era baharu China-Rusia semakin matang dan berdaya tahan, sementara daya endogenetik dan nilai istimewa kerjasama kedua-dua negara semakin menonjol.

    “Dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini, nilai perdagangan dua hala China-Rusia sekali kali membaharui rekod. Di samping itu, pelaburan dan kerjasama dioptimumkan, kerjasama dalam sektor tenaga terus memainkan peranan sebagai ‘balast’, dan projek kerjasama dalam pelbagai bidang utama berjalan lancar.

    “Pada masa sama, kerjasama tempatan kian rancak, pertukaran lawatan dalam kalangan rakyat kian ditingkatkan, aktiviti Tahun Pertukaran Sukan dijalankan secara teratur, dan asas persahabatan dalam kalangan rakyat semakin kukuh,” ujar Xi.

    Beliau menegaskan bahawa kedua-dua negara harus memanfaatkan mekanisme kerja dan saluran komunikasi yang sedia ada, untuk menggalakkan kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi dan perdagangan, tenaga, kewangan, dan pertanian mencapai kemajuan positif.

    Presiden Xi menyatakan bahawa China mengoptimumkan langkah-langkah membendung wabak COVID-19, menyelaraskan kerja kawalan wabak dengan pembangunan sosioekonomi, dan kini mengalihkan tumpuan kepada kerja menjamin kesihatan rakyat dan mencegah kes teruk.

    “China bersedia berusaha bersama Rusia dan negara-negara lain, untuk memulihkan perjalanan rentas sempadan yang normal secara teratur.” kata Xi.

    Beliau mengatakan bahawa China bersedia berganding bahu dengan Rusia dan semua kekuatan progresif yang menentang hegemoni dan politik kekuatan untuk menentang unilateralisme, amalan perlindungan dan tindakan membuli, mempertahankan kedaulatan, keselamatan, dan kepentingan pembangunan kedua-dua negara ini, serta kesaksamaan dan keadilan antarabangsa.

    Selain itu, menurut Xi, China dan Rusia harus merapatkan koordinasi dan penyelarasan dalam hal ehwal antarabangsa, memelihara kewibawaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Undang-undang Antarabangsa, memikul tugas sebagai negara besar dalam memelihara keselamatan makanan dan sumber tenaga global.

    “China dan Rusia harus menggalakkan anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) meningkatkan perpaduan dan kesalingpercayaan, saling menyokong dalam isu-isu teras, bergembleng tenaga untuk melawan campur tangan kekuatan luar.” ujar Xi.

    Putin dalam pertemuan itu menyatakan bahawa dalam situasi antarabangsa yang rumit dan meruncing buat masa ini, hubungan antara Rusia dan China mengekalkan trend perkembangan yang baik. Kerjasama kedua-dua negara dalam sektor tenaga, pertanian, pengangkutan, prasarana, sukan dan kemanusiaan kian ditingkatkan.

    Putin berharap dapat merapatkan lagi pertukaran lawatan dan komunikasi dengan China.

    Di samping itu, beliau menyanjung tinggi pendirian China yang objektif dan adil dalam isu antarabangsa, dan menzahirkan kesediaan untuk mengintensifkan kerjasama dengan China dalam platform multilateral seperti PBB, SCO, BRICS, dan Kumpulan 20 (G20), agar bersama-sama menggalakkan pembinaan orde antarabangsa yang lebih adil dan rasional, di samping mempertahankan kepentingan sah masing-masing dan memelihara kesaksamaan dan keadilan antarabangsa.

    Kedua-dua presiden juga bertukar-tukar pendapat mengenai isu Ukraine, dan mengucapkan selamat Tahun Baharu. 

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>