- Lain-lain
Pelancongan Rentas Sempadan Melonjak Sempena Tahun Baharu
Seiring dengan kawalan wabak COVID-19 yang semakin dioptimumkan dan semakin ramai yang sembuh dari jangkitan, pelancongan jarak jauh dan sederhana pulih dengan pesat.
Pada 2 Januari, syarikat pelancongan seperti Fliggy, Ctrip dan Mafengwo mengeluarkan buletin pelancongan. Menurut statistik, tempahan bagi pelancongan luar provinsi dan luar bandar menyumbang hampir 80% pada cuti Tahun Baharu 2023 dan mencapai kemuncaknya selepas hampir setahun.
Difahamkan, 70% daripada pengguna adalah generasi yang lahir pada era 1990-an dan 2000-an, yang telah menjadi penyumbang utama bagi pelancongan luar provinsi dan luar bandar. Shanghai, Chengdu, Beijing, Sanya, Chongqing, Guangzhou, Shenzhen, Hangzhou, Kunming dan Xi'an telah menjadi destinasi pelancongan popular pada cuti Tahun Baharu 2023.
Di sambing itu, berkat polisi keluar masuk sempadan yang telah dioptimumkan, permintaan untuk pelancongan rentas sempadan juga meningkat pada awal tahun baharu ini. Menurut statistik Fliggy, dalam tempoh cuti Tahun Baharu, tempahan bagi destinasi pelancongan popular di luar tanah besar China telah meningkat lebih 1.5 kali ganda tahun ke tahun. Macau, Thailand, Singapura, Malaysia serta Vietnam antara yang paling hangat.
- HKDL: Bersedia untuk Mengalu-alukan Pelancong
- Tempat Peranginan Kembali Popular Setelah Kunjungan Pelancong China
- 52.71 Juta Pelancong Domestik Sempena Cuti Tahun Baharu
- Xinjiang Aturkan Kereta Api Khas, Mudahkan Pelancong Main Ski
- HK dan Macau Pulihkan Pelancongan Berkumpulan
- Hainan antara Terawal Tunjuk Tanda Sektor Pelancongan Pulih