- Lain-lain
Kenaikan Kos Sara Hidup, Krisis Global Jangka Pendek Paling Kritikal
Forum Ekonomi Sedunia (WEF) yang beribu pejabat di Geneva telah mengumumkan "Laporan Krisis Global 2023" semalam yang berbunyi bahawa kenaikan kos sara hidup merupakan krisis jangka masa pendek yang paling kritikal dalam senario global buat masa kini, manakala tindakan yang kurang pantas dalam menangani perubahan iklim merupakan krisis global yang paling teruk untuk jangka masa panjang.
Laporan itu mendedahkan bahawa kenaikan sara hidup, bencana alam serta cuaca ekstrem, dan konflik geo-ekonomi diletakkan pada tiga tangga teratas dalam ranking krisis global untuk jangka masa pendek. Pada waktu yang sama, kegagalan dalam mengurangkan serta memperlahan perubahan iklim, kegagalan dalam menyesuaikan diri dengan perubahan iklim, dan bencana alam serta cuaca ekstrem antara tiga krisis global utama untuk jangka masa panjang.
Laporan tersebut malah memberi amaran bahawa seandainya masyarakat antarabangsa gagal menjalankan kerjasama yang lebih pantas dan berkesan dalam bidang meredakan perubahan iklim dan melakukan pengubahsuaian yang terbabit, kesemua krisis tersebut akan menyebabkan pemanasan global secara berterusan dan ekologi hancur dalam tempoh 10 tahun akan datang.
- China ‘Penstabil’ dan ‘Penggerak’ Pemulihan Ekonomi Dunia
- Pelancongan Outbound China Pulih, Fokus Pasaran Global
- Bandar-bandar China Ambil Langkah Rangsang Pemulihan Ekonomi
- Indeks Kemakmuran Runcit China Rekod 48.7% pada Disember
- China Terus Sumbangkan Dorongan kepada Pemulihan Ekonomi Global
- Kembangkan Ekonomi Digital, Bawa Manfaat kepada Rakyat Dunia: Xi
- Li Keqing Temui Ketua Urusan IMF
- Ekonomi Digital, Pemacu Baharu Pemulihan Ekonomi Dunia
- Jokowi Seru Kukuh Kerjasama Pacu Pemulihan Ekonomi
- Usaha Sama BRI Suntik Tenaga Positif kepada Pemulihan Ekonomi Dunia