- Lain-lain
Pelaburan Aset Tetap China Naik 5.1%
(CRI)Selasa 24 Januari 2023
Pelaburan aset tetap di seluruh China sepanjang 2022 mencatat RMB57.21 trilion (RM36.14 trilion), meningkat 5.1% berbanding 2021.
Menurut data yang diumumkan Biro Statistik Negara (NBS), pelaburan dalam perindustrian pertama pada tahun lepas mencecah RMB1.43 trilion (RM0.90 trilion), menokok 0.2%, manakala pelaburan dalam perindustrian kedua berjumlah RMB18.40 trilion (RM11.62 trilion), meningkat 10.3%. Sementara itu, perindustrian ketiga menyaksikan pertambahan pelaburan sebanyak 3% iaitu RMB37.38 trilion (RM23.61 trilion).
Dimaklumkan lagi, pelaburan di kawasan timur dan tengah pada tahun lalu masing-masing bertambah 3.6% dan 8.9%, manakala pelaburan di kawasan barat dan timur laut masing-masing naik 4.7% dan 1.2%.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang