- Lain-lain
Laluan Biru LRT Lagos Nigeria Dilancarkan
Projek fasa pertama laluan biru transit aliran ringan (LRT) Lagos Nigeria yang dibina oleh syarikat China dirasmikan oleh Presiden negara itu, Muhammadu Buhari pada Selasa.
Ini LRT elektrik pertama di Afrika Barat, dan juga satu lagi program di bawah rangka inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang akan memberikan manfaat kepada rakyat tempatan.
Setelah menaiki LRT pada majlis perasmian, Presiden Buhari memberikan penilaian tinggi terhadap tren yang memberikan perjalanan selamat dan selesa, sekali gus akan memudahkan perjalanan rakyat tempatan.
Laluan biru LRT Lagos merupakan projek infrastruktur yang berskala paling besar dari segi pelaburan dalam sejarah wilayah itu. Panjangnya 27 kilometer dan dilengkapi 5 stesen. Reka bentuk tren itu akan mencapai 100 kilometer sejam, dan boleh menghantar 300 ribu penumpang secara purata sehari.
- Menteri Luar China Gesa Hormati Kedaulatan, Integriti Wilayah Negara Timur Tengah
- Pelancaran Buku di Malaysia Peringati Ulang Tahun Penting BRI
- Xi, Marcos Adakan Pertemuan Empat Mata
- BRI Bawa Kesejahteraan kepada Rakyat Pelbagai Negara
- Mesyuarat Majlis Kedua BRNN Berlangsung
- Kerjasama China-GCC Lebih Dinamik
- China, Arab Kongsi Visi Pembangunan
- Kerjasama BRI China-Arab Terus Berputik
- Kerjasama China-Arab Lakar Kecemerlangan
- Perkhidmatan Kereta Api China-Laos Pamer Prestasi Cemerlang