- Lain-lain
Iran Beri Amaran Susulan Kenyataan Provokatif AS
Sebarang kelakuan Amerika Syarikat (AS) mencabul kepentingan negara dan keutuhan wilayah Iran akan dikenakan tindakan balas yang tegas.
Amaran itu diberikan jurucakap Kementerian Luar Iran Nasser Kanani susulan kenyataan Setiausaha Negara AS Antony Blinken bahawa pihaknya tidak menolak kemungkinan menggunakan cara ketenteraan untuk menghalang Iran memperoleh senjata nuklear.
Kanani menegaskan program nuklear Iran adalah untuk kegunaan awam dan negaranya berhak menggunakan tenaga nuklear secara aman.
"Kerajaan AS mesti sedar akan tanggungjawab undang-undang yang dipikulnya apabila memberi ancaman ketenteraan kepada Iran.
"Negara itu juga perlu mempertimbangkan akibat politik daripada kenyataan provokatifnya," ujar Kanani dalam sidang media pada Isnin.