- Lain-lain
China Secara Rasmi Mulakan Pembaharuan IPO
Bursa Saham Shanghai di Kawasan Baru Pudong, Shanghai, timur China. (foto: Xinhua)
Pada 1 Februari, Suruhanjaya Kawal Selia Sekuriti China (CSRC) mula mengumpulkan maklum balas orang ramai mengenai peraturan utama pembiayaan tawaran awam permulaan (IPO) berasaskan pendaftaran, secara rasminya memulakan pembaharuan secara menyeluruh.
Menurut CSRC, dengan susunan institusi yang telah ditetapkan, pembaharuan ini akan meliputi semua bursa China dan semua jenis tawaran awam serta saham keutamaan, terbitan bon boleh tukar dan resit deposit.
CSRC memberitahu bahawa pembaharuan ini akan menambah baik prosedur pendaftaran, menyatukan sistem pendaftaran di seluruh China dan memperhalus mekanisme penyeliaan.
Inti pati pembaharuan berasaskan pendaftaran ini adalah untuk mengutamakan pilihan pasaran, kata CSRC, sambil menambah bahawa langkah pembaharuan adalah telus dan akan dijalankan di bawah penyeliaan masyarakat.
Sebelum ini, China telah merintis jalan mengamalkan sistem IPO berasaskan pendaftaran dalam papan perdagangan inovasi sains dan teknologi pada 2019. Selepas itu, sistem ini dikembangkan kepada papan perdagangan ChiNext pada 2020 dan Bursa Saham Beijing pada 2021.