- Lain-lain
Singapura Tidak Sabar Terima Pelancong China
Pelancongan berkumpulan China ke 20 negara secara rasminya disambung semula pada hari ini dan Singapura merupakan antara negara yang tersenarai.
Tinjauan Kumpulan Media China (CMG) mendapati bahawa sektor pelancongan Singapura membuat persiapan dengan aktif untuk menyambut kedatangan pelancong China.
Singapura merupakan negara kota dengan pendapatan sektor pelancongannya bergantung kepada kedatangan pelancong dari luar negara.
Seiring dengan pelaksanaan dasar terbaharu membabitkan kawalan COVID-19 di China, sektor pelancongan Singapura aktif membuat persiapan, mengintegrasi sumber hotel dan katering, menyelaras pemandu pelancong, serta mengatur semula pakej pelancongan untuk menyambut kedatangan pelancong China.
Menurut EU Holidays Singapura, pelancong dari China berminat menghayati adat resam tempatan dan agensinya turut menyediakan pakej menikmati stimbot di atas bot persiaran untuk pelancong China.
Beberapa destinasi pelancongan di Singapura termasuk Zoo Singapura dan Pulau Sentosa mengemukakan beberapa pakej yang unik bagi menyesuaikan permintaan pelancong termasuk sarapan pagi dalam suasana perkelahan, persembahan haiwan pada waktu malam, pameran karya Vincent Van Gogh dan sebagainya.
Bagi Mandai Wildlife Group Singapura pula, pihaknya turut melancarkan program mini di WeChat yang menggunakan bahasa Mandarin untuk memudahkan pelancong China membeli tiket.
- Asia Tenggara Alu-alukan Kedatangan Pelancong China
- Perjalanan Warga China ke Luar Negara Meningkat Ketara
- Greece Alu-alukan Kedatangan Pelancong China
- Menteri Pelancongan Filipina Sambut Kedatangan Pelancong China
- Dunia Alu-alukan Pelancong China
- Thailand Alu-alukan Kedatangan Pelancong China
- Pelancongan Outbound China Pulih, Fokus Pasaran Global