- Lain-lain
Dominica Sanjung Tinggi Sokongan China dalam Melawan Wabak COVID-19
Senat Dominica baru-baru ini telah menyampaikan anugerah kepada China atas sokongan dan kerjasamanya dalam melawan wabak COVID-19 di negara itu. Duta Besar China, Zhang Run sebagai wakil kerajaan menampil menerima sijil pengiktirafan sumbangan yang diberikan Timbalan Speaker Dominica, Zorrilla.
Zorrilla berkata, semasa wabak menular di Dominica, China bertindak pantas menyahut permintaan negaranya dengan membantu negaranya memudahkan pembelian vaksin di samping memberi sumbangan vaksin dan barang perubatan yang lain. Dominica tidak lupa akan bantuan diberikan China dalam usaha membendung wabak.
Sejak tercetusnya wabak kerkenaan, China pernah membantu negara itu berkali-kali membeli vaksin selain memberi sumbangan vaksin. Sementara itu, kerajaan pusat dan daerah China, syarikat dan agensi berkenaan pula pernah menderma barang dan kelengkapan berkaitan pencegahan wabak seperti alat pernafasan, pelitup mulut dan alat pengimejan haba. China dan Dominica juga pernah berkali-kali mengadakan telesidang untuk berkongsi pengalaman melawan wabak.