• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Dairi Penyelamat di Turki: Menuju ke Malatya!

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 10 Februari 2023

    Artikel ini disunting dan diterjemahkan daripada temu bual dengan Zhang Yunlu, ketua Pasukan Mencari dan Menyelamat Blue Sky China (BSR).

    Selepas lebih 30 jam perjalanan, saya dan rakan sepasukan BSR tiba di lapangan terbang Adana Turki, pada pukul 12.45 pagi 9 Februari, waktu Beijing.

    Ketua Pasukan Mencari dan Menyelamat Blue Sky China (BSR) Zhang Yunlu dan rakan sepasukannya, Dai Xiaodong tiba di Turki. (foto diberikan oleh Zhang Yunlu)

    Operasi menyelamat antarabangsa yang berskala sebegini besar sangatlah sukar dan mencabar. Ini kali pertama saya menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) di luar negara. Walaupun rasa bimbang, saya yakin berdasarkan pengalaman SAR domestik dan latihan tahun-tahun lalu, saya pasti mampu melaksanakan misi kali ini.

    Sebelum bertolak, keluarga saya berulang kali mengingatkan supaya saya menjaga diri. Dari mata keluarga, dapat saya rasai kerunsingan hati mereka. Namun begitu, gempa dahsyat di Turki amat mengesankan dan memerlukan bantuan daripada pasukan penyelamat antarabangsa. Selaku ketua BSR, ini tugas saya untuk menghulurkan bantuan.

    Saya juga berjanji dengan keluarga bahawa saya akan pulang ke rumah dengan selamat. 

    Walaupun banyak pelan tindakan telah disusun semasa dalam perjalanan ke Turki, tetapi selepas tiba, berlakunya banyak keadaan kecemasan yang di luar jangkaan kami. Kami dimaklumkan bahawa satu gegaran yang bermagnitud 5 atau lebih baru sahaja melanda Adana. Tambahan pula, keadaan cuaca yang tidak mengizinkan menyukarkan kerja SAR. Kami mula menyesuaikan rancangan kerja mengikut keadaan setempat.

    Foto menunjukkan satu kenderaan pasukan mencari dan menyelamat China di Turki. (foto diberikan oleh Zhang Yunlu)

    Pada pukul 8.00 pagi 9 Februari waktu Beijing (3.00 pagi 9 Februari waktu tempatan), pasukan kami menerima perintah untuk bertolak ke Malatya.

    Malatya adalah antara bandar yang paling teruk dilanda gempa bumi. Sekarang, bandar ini menghadapi kekurangan bekalan, dan tiada pasukan SAR antarabangsa yang sedang bekerja di situ.

    Mendengar destinasi SAR pasukan kami, sukarelawan dan penterjemah China tempatan berkumpul secara spontan untuk memberi bantuan kepada pasukan kami.

    Tiada masa untuk dibazirkan. Kami harus menuju ke Malatya!

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>