- Lain-lain
Jawatankuasa Hal Ehwal Luar NPC Bantah Resolusi Dewan Perwakilan AS
Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) mengeluarkan kenyataan mengenai "Resolusi Penggunaan Belon Beraltitud Tinggi China di Wilayah Amerika Syarikat (AS)" oleh Dewan Perwakilan AS hari ini.
Resolusi tersebut secara sengaja membesar-besarkan "ancaman China", adalah spekulasi berniat jahat dan manipulasi politik. NPC mengutus dan membantah sekeras-kerasnya perkara ini.
China selaku sebuah negara yang bertanggungjawab, mematuhi undang-undang antarabangsa, menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara, dan tidak berniat menceroboh wilayah dan ruang udara mana-mana negara berdaulat.
Kapal udara tanpa pemandu awam China yang secara silap memasuki ruang udara AS adalah insiden tidak disengajakan dan tidak menimbulkan sebarang ancaman kepada individu dan keselamatan AS.
China telah memberikan penjelasan kepada pihak AS dan masyarakat antarabangsa mengenai situasi itu secepat mungkin, dan meminta AS menanganinya dengan cara munasabah, tenang, profesional dan terkawal.
Walau bagaimanapun, AS berkeras untuk menggunakan kekerasan, dan secara serius melanggar semangat undang-undang antarabangsa dan amalan antarabangsa. Kongres AS digesa menghormati fakta, menghormati semangat undang-undang antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa, segera menghentikan tindakan menyalahkan China, dan mengelak daripada mengambil tindakan yang memburukkan situasi.