- Lain-lain
Mainan Beruang Terima Tempahan Bernilai 30 Juta Yuan
Lu Qingrong, pemilik sebuah kedai mainan di Yiwu, provinsi Zhejiang, tidak menang tangan mengendalikan urus niaganya mutakhir ini.
Selain kerja mengurus stok serta tempahan pelanggan dari dalam dan luar negara, Lu juga sibuk menyelaraskan pengambilan pekerja baharu memandangkan kesibukan talian pengeluaran di kilang.
Dikenali sebagai pusat borong terbesar di dunia, bandar perdagangan antarabangsa Yiwu dibanjiri pelanggan dan pedagang global sejak dibuka pada 2 Februari lalu, iaitu selepas cuti umum perayaan Tahun Baharu Cina (TBC).
Untuk memperkenalkan lebih banyak produk baharu, Lu menghabiskan masa lapang sewaktu cuti TBC dengan mereka bentuk mainan plush bermotifkan haiwan comel, di samping mengekalkan perhubungan dengan pelanggan.
Salah satu mainan lembut beruang telah menerima tempahan bernilai 30 juta yuan (RM19.31 juta) dan kilang berkenaan sedang giat menghasilkan mainan itu.
Buat masa ini, tempahan yang diterima Lu sudah diatur sehingga Jun dan jumlah jualan tahun ini dijangka bertambah sebanyak 30 peratus berbanding dua tahun sebelumnya.
“Kami berkeyakinan penuh terhadap prestasi urus niaga tahun ini memandangkan begitu banyak tempahan diterima," katanya.
- Semester Baharu Sekolah Disambung Semula di Beijing
- Lorong Bandar Beijing yang Dinamik
- Manila Tidak Sabar Sambut Kedatangan Semula Pelancong
- Penerbangan Antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Dipulihkan
- Dasar Baharu Pengurusan COVID-19 Dilaksana Mulai Semalam
- MFA Perincikan Peraturan Baharu Perjalanan Rentas Sempadan