• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Pakaian Tradisional Cina Debut di Karnival Venice

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 21 Februari 2023

    Seorang sukarelawan berpakaian tradisional etnik Han China menyertai Karnival Venice di Piazza San Marco pada 17 Februari 2023. (foto: Xinhua)

    Pakaian tradisional China membuat penampilan sulungnya di Venice Carnival, di tengah-tengah pertukaran kebudayaan yang kian mendalam antara bandar Suzhou dan bandar sahabatnya, Venice.

    Seramai 16 sukarelawan China dan Itali memakai Hanfu, pakaian tradisional etnik Han, menyertai karnival di Piazza San Marco.

    "Ini kali pertama pakaian tradisional China menyertai karnival seumpama secara rasmi," kata Ma Xiaohui, pengarah pihak China bagi Institut Confucious di bawah Universiti Ca' Foscari Venice.

    Pakaian yang bertemakan dinasti Han, Tang, Song dan Ming itu diangkut terus dari Muzium Sutera Suzhou, memaparkan sepenuhnya budaya Jiangnan dan sutera Suzhou yang terkenal di dunia, kata Ma.

    Foto yang diambil pada 15 Januari 2023 ini menunjukkan pemandangan salji di jalan kuno Suzhou, provinsi Jiangsu, timur China. (foto: Hang Xingwei/Xinhua)

    Selain daripada pertunjukan pakaian, pelancong juga boleh menikmati beberapa siri aktiviti kebudayaan China, termasuk persembahan alat muzik tradisional Guzheng, mencuba Hanfu, dan demonstrasi kaligrafi, tambah Ma.

    Karnival itu menarik ramai orang muda dari China dan Itali.

    "Saya memutuskan untuk datang ke karnival itu selepas melihat maklumatnya di Instagram", kata Irene Di Maio dari Sicily di selatan Itali. "Saya rasa ini peluang baik untuk mendekatkan diri dengan budaya China."

    Irene, pelajar jurusan Bahasa Cina yang berusia 24 tahun, pernah mengambil bahagian dalam Pesta Perahu Naga di Suzhou lima tahun lalu. "Pada masa itu, saya sangat menyukai budaya tradisional perahu naga, jadi kali ini, saya juga hendak menyelami budaya Hanfu."

    Wanita memperagakan Hanfu, sejenis pakaian tradisional China, di pekan kuno Ciqikou, di bandar Chongqing, barat daya China pada 2 Oktober 2022. (foto: Tang Yi/Xinhua)

    "Acara itu sangat mengagumkan, terutamanya yang tentang Suzhou. Saya suka bandar Suzhou," kata seorang pelancong dari Serbia yang pernah tinggal di Suzhou selama 4 tahun.

    "Saya pernah melawat Muzium Sutera Suzhou, di mana saya pertama kali mendapat tahu tentang Hanfu", tambahnya, "Saya harap lebih banyak karnival serupa boleh diadakan di seluruh dunia."

    Suzhou yang digelar sebagai "Venice Timur" oleh penjelajah Marco Polo pada abad ke-13, menjadi bandar sahabat Venice pada 1980. Sejak masa itu, pelbagai aktiviti pertukaran sejarah dan budaya telah dijalankan.

    Pemandangan Jalan Shantang di Suzhou, provinsi Jiangsu pada 1 Oktober 2022. (foto: Hang Xingwei/Xinhua)

    Karnival Venice 2023 yang bertemakan "Luangkan Masa untuk Unsur-unsur Original" membuka tirai di bandar lagun Itali itu pada 4 Februari dan berlangsung hingga 21 Februari.

    Pelancong datang ke satu karnival air di Venice, Itali, pada 5 Februari 2023. (foto: Jin Mamengni/Xinhua)

    Gaya Hidup

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>