- Lain-lain
Sikap AS yang Angkuh dan Membuli Terdedah dalam Laporannya
China membantah amalan unilateralisme Amerika Syarikat (AS) dan tindakannya yang bersifat membuli yang wujud sejak sekian lama yang bukan sahaja mengabaikan pencapaian China yang signifikan dalam menunaikan janjinya kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), tetapi juga meremehkan prestasi China dalam pembangunan ekonomi pasaran, menafikan sumbangan China yang gemilang terhadap sistem perdagangan multilateral dan pembangunan ekonomi global, dan membuat penilaian terhadap negara anggota lain berdasarkan piawaian negara sendiri tanpa rujukan perundangan dan fakta.
Demikian dinyatakan seorang petugas Kementerian Perdagangan China semalam berhubung "Laporan Edisi 2022 mengenai Penunaian Komitmen China Setelah Menganggotai WTO" yang disiarkan Jabatan Perwakilan Perdagangan AS.
Menurut beliau, dalam tempoh lebih dua dekad lalu, China sebagai negara membangun terbesar di dunia, tidak pernah berganjak daripada menyokong sistem perdagangan multilateral, mengamalkan multilateralisme, menunaikan semua komitmennya kepada WTO, di samping menyempurnakan sistem pasaran ekonomi dan sistem perundangan, meningkatkan tahap keterbukaan secara sistematik beserta ketelusan dalam penguatkuasaan dasar, giat melibatkan diri dalam rundingan tentang pembaharuan WTO, dan berinisiatif membantu negara membangun yang lain khasnya negara-negara yang paling mundur. Prestasi China jelaslah sudah mendapat pengiktirafan meluas di kalangan anggota WTO.
Tambah petugas itu, Beijing menyeru Washington segera membetulkan kesalahannya, bersungguh-sungguh mematuhi peraturan WTO dan menunaikan komitmennya, serta memainkan peranan wajar bagi melindungi kewibawaan, keutuhan dan keberkesanan sistem perdagangan pelbagai hala.