- Lain-lain
Program Latihan Wusyu Dilancarkan di Myanmar
Satu program latihan seni mempertahankan diri Cina atau wusyu telah dilancarkan di Yangon pada Isnin, sebagai usaha untuk memperdalam pertukaran budaya dan rakyat antara China dan Myanmar.
Seorang pengamal wusyu membuat persembahan pada majlis pelancaran program latihan wushu di Pusat Kebudayaan China di Yangon, Myanmar, pada 6 Mac 2023. (foto: Myo Kyaw Soe/Xinhua)
Pusat Kebudayaan China di Yangon dan FSSL Services Limited bersama-sama menganjurkan program yang akan berlangsung selama tiga bulan ini, yang tujuannya juga untuk meluaskan pengetahuan pelajar Myanmar terhadap budaya China.
Seramai 33 pelajar yang berusia antara 10 hingga 50 tahun akan menyertai program tersebut dari 7 Mac hingga 30 Mei di Pusat Kebudayaan China.
Peserta mengambil gambar bersama semasa majlis pelancaran program latihan wusyu di Pusat Kebudayaan China di Yangon, Myanmar pada 5 Mac 2023. (foto: Myo Kyaw Soe/Xinhua)
Pengarah Pusat Kebudayaan China di Yangon, Xu Ling ketika berucap pada majlis pelancaran menyatakan bahawa ini program latihan seni wusyu dan taici yang pertama sejak penubuhan pusat itu. Xu berharap program ini boleh membantu pelajar yang mengambil bahagian membentuk gaya hidup yang sihat dan berdisiplin.