- Lain-lain
Ekonomi AS akan Susut Kerana Kemungkiraan Hutang
Senat Amerika Syarikat (AS) mengadakan pendengaran untuk membincangkan akibatnya kemungkinan siling hutang dan kemungkiran pada Isnin. Pakar kewangan yang hadir memberi amaran bahawa konfrontasi antara kedua-dua parti mengenai siling hutang buat masa ini telah menimbulkan "ancaman serius" kepada ekonomi AS.
Menurut pandangan pakar, sekiranya berlaku kemungkiran hutang, ekonomi negara itu akan susut dengan serta merta. Sementara itu, ia akan mengakibatkan berjuta-juta rakyat AS kehilangan pekerjaan, dan membawa kepada akibat teruk seperti krisis kewangan 2008.
Pada Januari lalu, kerajaan persekutuan AS telah mencapai siling hutang iaitu USD31.4 trilion. Jabatan Perbendaharaan terpaksa mengambil langkah perbelanjaan sementara untuk membantu kerajaan mengelakkan kemungkiran hutang. Bagaimanapun, kedua-dua parti masih belum mencapai konsensus mengenai kenaikan siling hutang.