- Lain-lain
Sekatan Sepihak adalah Keganasan Ekonomi: Menteri Luar Syria
Menteri Luar Syria, Faisal Mekdad menyatakan bahawa sekatan oleh beberapa negara Barat ke atas Syria, Rusia dan Iran adalah pencerobohan terhadap kemanusiaan dan tindakan keganasan ekonomi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas berunding dengan rakan sejawatnya dari Iran, Hossein Amir-Abdollahian yang melawat Syria, pada Khamis.
Beliau berkata, Syria banyak menderita akibat sekatan sepihak haram, yang membantut negara itu dalam menangani bencana gempa bumi.
"Sekatan ekonomi itu adalah jenayah dan tidak boleh diterima dari segi kemanusiaan dan moral."
"Sekatan itu menghalang rakyat negara ini memperoleh makanan dan ubat-ubatan, serta bantuan gempa bumi," kata Faisal Mekdad.
Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian dalam sidang media itu pula mengutuk tindakan bermusuhan yang sering dilakukan oleh Israel terhadap Syria kerana ia melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Penyatuan Syria mesti dihormati dan penempatan tentera asing yang haram mesti ditamatkan."
"Dialog dan rundingan merupakan satu-satunya pendekatan untuk menyelesaikan krisis serantau," kata Hossein Amir-Abdollahian.
Beliau menyatakan bahawa Iran menyambut baik rundingan empat pihak yang bakal diadakan di Rusia kerana ia dipercayai dapat menggalakkan koordinasi dan menyelesaikan krisis.
- China Desak Batalkan Sekatan Sepihak Haram Terhadap Syria
- Negara Berkaitan Digesa Tarik Balik Sekatan Haram
- Pegawai Kanan PBB: Gempa Bumi Turkiye-Syria “Malapetaka Terburuk” Dalam Seabad Lalu
- Situasi Kemanusiaan Genting di Syria
- Guterres: Elakkan Tindakan Menyelamat di Syria Terjejas Ekoran Sekatan
- China Seru Laksanakan Resolusi Bantuan Kemanusiaan Syria
- Lagi Rakyat Syria Diculik SDF
- Israel Serang Lapangan Terbang Damsyik, Dua Maut
- Kenderaan Tentera AS Diusir Syria
- Tingkatkan Bantuan Kemanusiaan di Syria: China