- Lain-lain
China Pulih Semula Operasi Pengeluaran Visa
Pejabat konsul Kementerian Luar China memaklumkan pengeluaran visa untuk warga asing akan dipulihkan esok dalam usaha bagi mempermudah urusan keluar dan masuk China.
Menurut butiran perincian yang dikeluarkan, visa yang dikeluarkan sebelum 28 Mac 2020 dan masih belum tamat tempoh masih boleh digunakan.
Pada masa sama, agensi yang memeriksa serta mengeluarkan visa di luar China dan di pelbagai pintu sempadan akan meneruskan semula operasi masing-masing.
Dalam pengumuman tersebut, China akan membenarkan pelancong asing masuk wilayah Hainan secara bebas visa, dan sama juga bagi pelancong yang menaiki kapal pelayaran Shanghai dan rombongan pelancong asing yang masuk wilayah Guangdong dari wilayah Hong Kong dan Macao.
Manakala, untuk pelancong dari negara ASEAN pula, China akan turut membenarkan mereka untuk masuk ke bandar Guilin, wilayah Guangxi tanpa memerlukan visa.