- Lain-lain
GACC: Pendapatan Tarif Kastam RMB2.28 Trilion Tahun 2022
Menteri Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC), Yu Jianhua memaklumkan bahawa pendapatan tarif kastam mencatat sebanyak RMB2.28 trilion (RM1.48 trilion) pada tahun 2022 berikutan terlaksananya kawalselia yang saintifik serta penggunaan teknologi canggih termasuk data raya dan pemeriksaan grafik pintar. Lebih 4,500 buah kes penyeludupan yang difailkan bernilai RMB120 bilion lebih (RM78 bilion). Selain itu, GACC juga aktif dalam melaksanakan dasar keutamaan yang pelbagai jenis untuk sektor korporat yang melibatkan pengurangan tarif dan rebat sebanyak RMB285 bilion (RM186 bilion).
Dalam sidang media pagi tadi, Yu Jinhua menyatakan bahawa pada tahun 2023, pihaknya akan terus mendorong inovasi sistem di sejumlah zon pengawasan kastam khas termasuk Zon Perdagangan Bebas Hainan dan Zon Hengqin Kerjasama Premium Guangdong-Macau, giat menyediakan perkhidmatan kepada pembinaan bersama dalam kerangka pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta memberikan sokongan kepada pembinaan laluan logistik antarabangsa termasuk pengangkutan kereta api China-Eropah.