- Lain-lain
Palestin, Israel Komited Akhiri Kesemua Sekatan Sepihak
Palestin dan Israel komited segera mengambil tindakan pantas bagi mengakhiri kesemua sekatan sepihak.
Demikian terkandung dalam kenyataan yang dikeluarkan Mesyuarat lima pihak yang melibatkan Mesir, Palestin, Israel, Jordan dan Amerika Syarikat (AS) dengan tujuan untuk meredakan ketegangan dalam situasi semasa Palestin-Israel yang berakhir di Sharm el-Sheikh semalam.
Israel dan Palestin komited mengambil tindakan yang berkuatkuasa selama tiga hingga enam bulan. Secara konkrit, keduad-dua pihak bersetuju menubuhkan sebuah mekanisme bagi menangani kenyataan dan tindakan keganasan dan hasutan yang berkemungkinan meruncing situasi semasa; menegaskan peri pentingnya mematuhi kesemua perjanjian yang tercapai sebelum ini; dan menambahbaik keadaan ekonomi rakyat Palestin. Sementara itu, Israel berjanji menghentikan perbincangan mengenai pembinaan pusat penempatan pada empat bulan akan datang, sekaligus menggantungkan pemberian permit tentang pembinaan terbabit untuk enam bulan akan datang.
Selain itu, lima pihak terlibat juga berikrar menggalakkan keamanan, kestabilan dan kedamaian rakyat Israel dan Palestin, di samping menjalin hubungan saling mempercayai dan menangani masalah menerusi dialog langsung.
- UNSC Komited Selesai Pertikaian Palestin-Israel
- China Prihatin Ketegangan Hubungan Palestin-Israel
- Tentera Israel Serbu Bandar Jericho
- Abbas, Blinken Berunding di Ramallah
- Enam Warga Palestin Ditahan Polis Israel
- China Prihatin Ketegangan Palestin-Israel
- China Seru Bertindak Galakkan Pelaksanaan“Penyelesaian Dua Negara”
- China Seru Kerjasama Masyarakat Antarabangsa bagi Penyelesaian Isu Palestin
- Bantu Palestin, Israel Wujudkan Keamanan Bersama