- Lain-lain
China, Rusia Komited Perkasa Perkongsian Koordinasi Strategik Komprehensif untuk Era Baharu
Presiden China, Xi Jinping menghadiri rundingan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin di Istana Kremlin, pada petang Selasa waktu tempatan.
Xi menyatakan, China komited terus berusaha dalam menggalakkan Perkongsian Koordinasi Strategik Komprehensif China-Rusia pada era baharu walau apa pun perubahan yang berlaku dalam dunia.
"China bersedia bekerjasama dengan Rusia memperkaya konotasi Perkongsian Koordinasi Strategik Komprehensif China-Rusia pada era baharu dan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dan kemajuan umat manusia," kata Xi.
Xi menambah, trend perkembangan hubungan China-Rusia kekal sihat dan stabil atas usaha sama kedua-dua pihak.
"Tahun ini merupakan tahun pertama pelaksanaan secara menyeluruh prinsip panduan yang termaktub dalam Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC)."
"China akan mempercepat langkah pembentukan paradigma pembangunan baharu untuk mendorong pembangunan berkualiti tinggi dan memacu pewujudan modenisasi ala China."
"Memandangkan Rusia juga menggalakkan pewujudan matlamat pembangunan negara menjelang tahun 2030, kedua-dua pihak kami perlu meningkatkan komunikasi dan mengintensifkan koordinasi bagi memperkasa kerjasama substantif kedua-dua negara," kata Xi.
Xi turut mencadangkan kedua-dua negara meningkatkan penyelarasan, memperluas perdagangan tradisional yang meliputi sumber tenaga dan peralatan elektromekanik serta memastikan rantaian perindustrian dan bekalan selamat dan stabil, meneroka kerjasama dalam bidang teknologi maklumat, ekonomi digital, pertanian dan perdagangan perkhidmatan.
"Di samping itu, kedua-dua pihak juga perlu memperkasa kerjasama dalam bidang inovasi, memastikan kelancaran logistik dan pengangkutan rentas sempadan terjamin, memperkukuh dasar pertukaran sosiobudaya bagi memudahkan komunikasi personel kedua-dua pihak," kata Xi.
Putin pula berkata, pihaknya menyokong dengan teguh pendirian China yang memelihara kepentingan yang wajar dalam isu yang melibatkan Taiwan, Hong Kong dan Xinjiang.
"Rusia menghargai pendirian China yang objektif, adil dan konsisten tentang hal ehwal antarabangsa, menyokong Inisiatif Keselamatan Global, Inisisatif Pembangunan Global dan Inisiatif Tamadun Global yang dicadangkan China serta bersedia mengintensifkan penyelarasan dengan China dalam menangani isu antarabangsa," kata Putin.
Selepas rundingan itu, Xi dan Putin bersama-sama menandatangani Kenyataan Bersama Republik Rakyat China dan Persekutuan Rusia mengenai Memperkasa Perkongsian Koordinasi Strategik Komprehensif untuk Era Baru dan Kenyataan Bersama Presiden Republik Rakyat China dan Presiden Persekutuan Rusia mengenai Pelan Pembangunan Pra-2030 mengenai Keutamaan dalam Kerjasama Ekonomi China-Rusia.
- Xi, Putin Adakan Rundingan di Kremlin
- "Classic Quotes by Xi Jinping" Musim Kedua Disiarkan di Rusia
- Hubungan Rusia-China, Teladan Kerjasama yang Harmoni dan Kreatif
- Xi Jinping Melawat Rusia
- Telatah Panda “Dingding” Cuit Hati Pelancong
- Lawatan Xi ke Rusia, Perjalanan Persahabatan, Kerjasama dan Kedamaian
- Lawatan Presiden Xi Ke Rusia bagi Persahabatan, Kerjasama dan Pembangunan Bersama
- Lawatan Xi Bakal Suntik Momentum Baharu Hubungan China-Rusia
- Presiden Xi Lawat Rusia Minggu Depan
- Putin Sampaikan Perutusan Tahniah kepada Xi Jinping