- Lain-lain
IMF: Dunia Terima Manfaat Besar Hasil Pemulihan Ekonomi China
Pemulihan ekonomi China membawa sumbangan besar terhadap ekonomi global, ujar Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva, pada Ahad.
Menurutnya, meskipun jangkaan keadaan ekonomi global menjadi lemah, namun IMF menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi China bagi 2023 kepada paras 5.2 peratus didorong pemulihan yang kuat dan mampan selepas pelarasan dasar COVID-19.
"Ekonomi China yang kian pulih diyakini mampu menyumbang satu pertiga daripada pertumbuhan global pada 2023 dan ia merupakan dorongan yang kuat buat situasi dunia."
"Kami (IMF) mengunjurkan setiap satu mata peratusan pertambahan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China akan memacu 0.3 mata peratusan pertumbuhan entiti ekonomi Asia yang lain," kata beliau ketika berucap pada Forum Pembangunan China 2023.
Kristalina turut menghargai peralihan pertumbuhan ekonomi China yang dipacu perbelanjaan daripada pelaburan sebagai lebih mapan, tidak bergantung kepada hutang, dan lebih sesuai untuk menangani cabaran iklim.
Dalam pada itu, ketua Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), Zheng Shanjie menyatakan pihaknya akan terus melahirkan idea kreatif melalui tindakan yang inovatif serta menambah baik kawalan makro.
"Selain permintaan domestik terus dipertingkat, koordinasi dasar membabitkan kewangan, perindustrian, pelaburan, perbelanjaan dan lain-lain akan giat dilaksana ke arah pembangunan berkualiti," ujar beliau.
- Mesyuarat G20 Seru Perkasa Kolaborasi Polisi
- Ekonomi Dunia Memerlukan China: Menteri UAE
- Ekonomi Singapura Naik 3.6% pada 2022
- Potensi Penggunaan China Galak Ekonomi Dunia
- Peningkatan Tahap Keterbukaan China Kondusif bagi Globalisasi Ekonomi
- Xi Sampai Ucapan Bertulis sempena Sidang Kemuncak Usahawan China-Amerika Latin ke-15
- China Terus Sumbangkan Dorongan kepada Pemulihan Ekonomi Global
- Kembangkan Ekonomi Digital, Bawa Manfaat kepada Rakyat Dunia: Xi
- G20 Perlu Galas Tanggungjawab, Perjuangkan Pembangunan Global: Xi
- Li Keqing Temui Ketua Urusan IMF