- Lain-lain
Sektor Logistik China Pulih secara Pesat
(CRI)Isnin 03 April 2023
Indeks Prestasi Logistik (LPI) China merekodkan 55.5 peratus pada Mac, naik 5.4 mata peratusan berbanding bulan sebelumnya.
Demikian menurut maklumat yang disiarkan Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) hari ini.
LPI merupakan indikator penting bagi perkembangan sektor logistik, sekali gus menggambarkan tahap kerancakan sosioekonomi.
Menurut CFLP, sektor logistik China menunjukkan trend pemulihan yang pesat susulan pelaksanaan pelbagai dasar bagi memantapkan permintaan dan merangsang perbelanjaan di dalam negeri.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang