- Lain-lain
Kumpulan Houthi Yaman Temu Perwakilan dari Arab Saudi dan Oman
(CRI)Isnin 10 April 2023
Presiden 'Jawatankuasa Politik Tertinggi' kumpulan Houthi Yaman, Mahdi al-Mashat ditemui perwakilan dari Arab Saudi dan Oman di Sanaa semalam.
Usaha Oman bagi memujuk dan mendorong perdamaian dan rundingan dihargai kumpulan Houthi dan Arab Saudi. Bagaimanapun, perincian rundingan terbabit tidak didedahkan.
Sebagai pengantara, perwakilan Arab Saudi dan Oman sudah tiba di Sanaa kelmarin. Menurut penganalisis, topik perbincangan kali ini melibatkan gencatan senjata secara menyeluruh dan pembatalan sekatan yang menyasarkan kumpulan Houthi serta pemberian gaji kepada kakitangan kerajaan di zon kawalan kumpulan Houthi.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang