- Lain-lain
Pengangkutan Awam antara Fujian dengan Kinmen dan Matsu Beroperasi Stabil
(CRI)Isnin 17 April 2023
Pusat Pemeriksaan Sempadan Xiamen memaklumkan bahawa sejak sebahagian laluan pengangkutan awam disambung semula pada 7 Januari lalu, laluan penghantaran penumpang awam di bawah dasar 'hubungan perdagangan, pengangkutan dan mel secara langsung dalam skala ditetapkan antara provinsi Fujian dengan kawasan Kinmen dan Matsu di wilayah Taiwan' beroperasi dengan stabil dengan jumlah penghantaran penumpang meningkat secara mantap.
Menurut pihak berkuasa Xiamen, dalam tempoh 100 hari sejak laluan penghantaran penumpang awam tersebut disambung semula, kira-kira 600 kapal beroperasi, menghantar lebih 49.5 ribu penumpang, sekali gus menyumbang besar kepada pertukaran lawatan individu antara Tanah Besar dengan Taiwan.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang