- Lain-lain
Xi Ucapkan Tahniah kepada Diaz-Canel
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Setiauaha Pertama Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Cuba dan Presiden Cuba, Miguel Díaz-Canel Bermúdez atas pelantikan semula beliau sebagai presiden negara itu, menerusi perutusan pada Khamis.
Xi mengatakan bahawa hubungan antara China dengan Cuba berkembang pada taraf tinggi dan mencapai hasil yang memuaskan.
Beliau menyifatkan lawatan rasmi Presiden Diaz-Canel ke China pada November lalu sebagai amat berjaya. Kedua-dua pemimpin mencapai konsensus penting untuk memperkasakan hubungan persahabatan yang unik antara kedua-dua negara pada era baharu.
Beliau memberikan perhatian tinggi terhadap hubungan China-Cuba dan bersedia mengekalkan komunikasi rapat dengan Presiden Diaz-Canel, di samping meningkatkan pimpinan politik terhadap hubungan kedua-dua parti dan negara, demi membina komuniti berkongsi nasib China-Cuba.