- Lain-lain
'Dividen Bakat' Penggerak Pembangunan China
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini mengeluarkan laporan yang meramalkan bahawa China kemungkinan kehilangan statusnya sebagai negara populasi paling besar di dunia pada tahun ini. Ini sekali gus mengundang kebimbangan sebahagian tokoh tentang China akan hilang 'dividen demografi'.
Hasil tinjauan yang dilakukan oleh Kumpulan Media China (CMG) kepada netizen sejagat mendapati bahawa sebanyak 88.4 peratus responden menganggap sumber manusia di China mampu menyokong pembangunan ekonomi berkualiti tinggi.
Terdapat 900 juta tenaga kerja di China. Kuantiti dan nisbah penduduk berusia bekerja tetap amat tinggi. Syarat asas 'dividen demografi' masih tetap wujud.
'Dividen demografi' sesebuah negara bukan hanya bergantung kepada kuantiti dan jumlah penduduk, tetapi juga kualiti dan bakat.
Sehingga kini, jumlah penduduk China yang telah mengikuti pendidikan peringkat tinggi melebihi 240 juta. Tempoh pendidikan purata bagi pekerja baharu mencapai 14 tahun. 'Dividen demokrafi' di China tidak hilang, malah 'dividen bakat' semakin ketara.
Menurut keputusan tinjauan tersebut, sebanyak 91.8 peratus responden berpendapat bahawa 'dividen bakat' akan menjadi penggerak kuat bagi melonjakkan kekuatan bersepadu China.