- Lain-lain
China Tolak Peperangan, Bincang Pembangunan: Presiden Brazil
Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva menyifatkan China sebagai ekonomi penting bagi dunia yang khusus memerlukan persaingan dalam ekonomi, sains dan teknologi.
Beliau berkata ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini setelah beliau mengakhiri lawatan kelimanya ke China.
Menurut Lula, tiada pihak yang mampu menyangka bahawa China boleh menjadi negara gergasi menjelang tahun 2023 pada lima dekad yang lalu.
Katanya, kekuatan gergasi China dalam hampir semua bidang ekonomi termasuk sains dan teknologi, pengeluaran dan kejuruteraan adalah penting untuk dunia yang memerlukan suara dari bukan sesebuah negara sahaja.
"Di pentas antarabangsa, China tidak menghasut peperangan, tetapi membincangkan bersama-sama pembangunan, menumpu pada pelaburan dan pendidikan, melatih jurutera, ahli biologi, doktor dan sumber manusia dalam penerbangan angkasa lepas. Persaingan China dengan negara peneraju dalam bidang tersebut kondusif bagi dunia," kata Lula.
Tambahnya, beliau gembira melihat pelaburan China ke Afrika dan Amerika Latin.
"Seawal sesi pertama Mesyuarat Kumpulan 20 di Amerika Syarikat pada tahun 2008, para hadirin telah membincangkan pelaburan dari negara maju supaya negara mundur mendapat pembiayaan, mewujudkan pertumbuhan ekonomi, mengembang industri sederhana dan kecil, menambah baik pertanian dan mengurangkan kebergantungan pada negara maju."
"Bagaimanapun, tiada negara yang merealisasikan tujuan berkenaan selain China," ujar Lula.
Justeru, beliau berharap agar negara lain diharap tidak mempunyai sifat cemburu terhadap China, tetapi menjadikan China sebagai contoh,?"Bagi saya, China mewakili penyeimbang dalam persaingan ekonomi global dan pembangunan sains dan teknologi yang amat penting bagi dunia," kata Lula.