- Lain-lain
Xi: Jangan Menyia-nyiakan Tempoh Kemudaan dalam Perjuangan untuk Tanah Air
Pada setiap Hari Belia yang jatuh pada 4 Mei, sudah dijadikan satu kebiasaan bagi Setiausaha Agung Parti Komunis China, Xi jinping untuk meluangkan masa mengadakan temu mesra dengan perwakilan belia, dan memberi kata inspiratif kepada mereka supaya jangan menyia-nyiakan tempoh kemudaan dan bertekad mengejar serta memperjuangkan impian dan gagasan.
Ketika mengunjung ke Universiti Sains Politik dan Perundangan China pada 2017, Xi menggalakkan siswa-siswi menyasarkan kerjaya yang mulia tetapi bukan jawatan tinggi.
"Saya menanti-nantikan kalian menghargai masa pelajaran, membuat pilihan dan menempuh jalan yang tepat, dan bersiap mengayunkan langkah pertama dalam praktik masyarakat," kata beliau.
Setahun lepas itu, Xi menyentuh lagi topik kemudaan dan impian dalam satu temu mesra dengan pemuda-pemudi di Universiti Peking.
"Sebagai pengejar dan pejuang cita-cita, golongan belia diharap menyemarakkan keghairahan dalam mengejar impian dan memperjuangkan pembangkitan semula nusa dan bangsa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan tanah air."
Dalam setiap temu mesra dengan perwakilan belia, Xi berulang kali menyebut "semangat tanggungjawab" dengan harapan agar orang muda membesar dengan memikul tanggungjawab yang setara.