- Lain-lain
China Gesa WTO Ketatkan Pengawasan Terhadap Tindakan AS yang Melanggar Peraturan
Sidang rutin musim bunga Jawatankuasa Subsidi dan Anti Subsidi Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) diadakan di Geneva pada Selasa. Wakil China dalam sidang itu mengkritik dasar dan langkah subsidi Amerika Syarikat (AS) yang bersifat diskriminasi dan menyeru WTO agar mengetatkan pengawasan terhadap tindakan AS yang melanggar peraturan berkenaan.
Wakil China dalam ucapannya menyatakan bahawa AS bertudung 'hijau' menjalankan perlindungan perdagangan melalui Akta Pengurangan Inflasi, membuat pentafsiran tentang “perjanjian perdagangan bebas” dengan sesuka hati berdasarkan butiran yang terkandung dalam undang-undang itu, sehingga menjadikan perdagangan sejagat terjejas teruk.
Selain itu, wakil China menambah bahawa Akta Cip dan Sains AS bukan sahaja menyebabkan rantai bekalan semikonduktor global, beserta kepentingan China terjejas teruk, tetapi juga menjadikan AS sendiri serta rakan sekutunya pun terkesan. China menggesa AS membatalkan langkah-langkah subsidi yang bersifat diskriminasi dan tidak selaras dengan peraturan WTO, sedangkan para anggota WTO sewajarnya bersama-sama memelihara kestabilan rantai belakan dan rantai nilai semikonduktor global.